Siri SUPERB 4.0 SBP (Sekolah Berasrama Penuh) ialah buku yang berformatkan modul dan aktiviti yang digubal oleh kumpulan Panel Guru Pakar dan Guru Cemerlang mata pelajaran SBP. Buku ini ditulis selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) melalui kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Kandungan buku ini berteraskan buku teks dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang mengandungi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Abad Ke-21 dan peta pemikiran. Buku ini turut mengandungi Video AI dan Ulang Kaji Bersama AI bagi mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih menarik dan interaktif.





