Unsplashed background img 1

library_books

Latest Publication
Malai Baru, Kami Datangmore_vert

West Malaysia : RM 11.90
East Malaysia : RM 12.90

Malai Baru, Kami Datangclose

Kemerdekaan negara disambut penuh harapan dan kesyukuran. Di sana sini, rakyat di serata pelosok rantau menyambut kehadirannya dengan penuh kegirangan selapas melalui episod suka duka pada musim Jepun, Bintang Tiga, dan darurat. Sebaliknya, pembentukan Malaysia mendapat tentangan jiran tetangga, baik Indonesia mahupun Filipina walaupun diteruma baik rakyat. Kisah konfrontasi dan suka duka kelangsungan Malayia ini mewarnai likuan sejarah moden negara yang berlaku sekitar tahun 1940-an menjangkau ke tahun 1960-an.

Kisah-kisah yang ditampilkan ini lahir daripada pengalaman peribadi pengarangnya yang membesar ketika Zaman Jepun, zaman yang terkenal dengan hukum pancung dan minum air sabun. Pengalaman yang diterjemahkan dalam bentuk kreatif ini amat dikagumi memandangkan pengalaman tersebut hanyalah pengalaman kanak-kanak sahaja.

Dalam keadaan huru-hara perang, kelangsungan hidup diteruskan untuk bangkit bangun menyesuaikan diri dalam menghadapi segala kemungkinan. Kecekalan bapa melindungi keselamatan keluarganya dan kegigihan ibu membesarkan anak-anak diserlahkan pengarang. Kekeluargaan, kerajinan, kegigihan, semangat kerjasama, kerja berpasukan, ketahanan diri dan kreatif merupakan ramuan inspirasi penting dalam kehidupan sebegitu rupa.

Malaysiaku Merdekamore_vert

West Malaysia : RM 9.90
East Malaysia : RM 10.50

Malaysiaku Merdekaclose

Kemerdekaan negara disambut penuh harapan dan kesyukuran. Di sana sini, rakyat di serata pelosok rantau menyambut kehadirannya dengan penuh kegirangan selepas melalui episod suka duka pada musim Jepun, Bintang Tiga, dan darurat. Sebaliknya, pembentukan Malaysia mendapat tentangan jiran tetangga, baik Indonesia mahupun Filipina walaupun diteruma baik rakyat. Kisah konfrontasi dan suka duka kelangsungan Malayia ini mewarnai likuan sejarah moden negara yang berlaku sekitar tahun 1940-an menjangkau ke tahun 1960-an.

Kisah peristiwa hitam putih kehidupan yang ditampilkan ini lahir daripada rakaman pengalaman peribadi pengarangnya. Asmaranda semasa meniti zaman kanak-kanak, remaja. Detik-detik peristiwa pahit maung itu diimbau kembali bagi tatapan umum yang ada kalanya lucu dengan menjadikan dunia kecil Pontian di Johor sebagai latar pentas bicaranya.

Sesungguhnya, novel Malaysiaku Merdeka ini merupakan urutan kepada novel Malai Baru, Kami Datang! yang mengisahkan pahit getir pada zaman Jepun. Dalam karya Malaysiaku Merdeka. Oleh itu, perakaman kisah ini diharapkan dapat dihayati bersama supaya generasi kini lebih memahami erti 'merdeka'.